DIkirim oleh fitrishukri di 8 Ogos, 2008
16 dan 17 Julai 2008, Bandar Seri Bagawan, Brunei
Lihat lebih banyak gambar di laman Flickr Fitri Shukri
Gambar-gambar seminar kumpulan pertama – 16 Julai 2008
Gambar-gambar seminar kumpulan kedua – 17 Julai 2008
Akhirnya saya dapat masukkan entri berkenaan Seminar Motivasi dan Strategi Pecutan Akhir Peperiksaan di Sekolah Menengah Rimba, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam pada 16 dan 17 Julai 2008 baru-baru ini. Dua kumpulan pelajar Form 5 telah terlibat. Kumpulan pertama pada 16 Julai merupakan pelajar dari kelas hadapan manakala 17 Julai untuk pelajar Form 5 daru kelas pertengahan dan belakang. Ini merupakan kali pertama saya membuat seminar penuh 1 hari bagi bakal calon peperiksaan O-Level (gabungan sistem UK dan Brunei)
Sebenarnya seminar ini merupakan sebahagian dari rentetan siri seminar di Pahang, Sarawak dan Brunei pada pertengahan bulan Julai 2008.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Hajah Sarifah, Haji Lazim dan guru-guru di Sek Men Rimba yang telah membolehkan saya berkhidmat di bumi Brunei.
Dikirim dalam Brunei, Catatan Program, Fitri Shukri, O Level, Pecutan Akhir Peperiksaan | Tagged: akhir, Brunei, fitri, motivasi, O Level, pecutan, peperiksaan, seminar, shukri, strategi | Leave a Comment »
DIkirim oleh fitrishukri di 26 Mei, 2008
Alhamdulillah, Amalan Belajar Sdn Bhd (ABSB) telah mendapat kepercayaan dari Yayasan Tenaga Nasional (YTN) buat kali ketiga sejak tahun 2005 untuk mengendalikan Kem Remaja Bestari 2008 (KRB ‘08) bagi anak-anak kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Setelah dua kali memenangi tender YTN untuk mengendalikan KRB di Zon Timur sebelum ini (di Kelantan pada tahun 2005 dan di Terengganu pada tahun 2007), kali ini ABSB berjaya memperolehi tender untuk mengendalikan KRB ‘08 peringkat Zon Utara di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.
Seperti program KRB terdahulu, program kali masih menggabungkan pelajar-pelajar tahun ‘bukan peperiksaan utama’ iaitu Tahun 5 (sekolah rendah), Tingkatan 2 dan 4 (sekolah menengah). Dan seperti sebelum ini, terdapat dua program serentak berjalan iaitu untuk pelajar sekolah rendah dan untuk menengah. Terikh program ialah dari Isnin 26 Mei hingga Khamis 29 Mei 2008.
Cabaran awal yang ditempahi kami ialah menguruskan program untuk pelajar lelaki DAN perempuan di sebuah sekolah LELAKI SAHAJA. Perkara-perkara seperti kemudahan penginapan, tandas dan surau yang selama ini dikhaskan untuk pelajar lelaki sahaja perlu diubahsuai untuk pelajar perempuan sama.
Laporan susulan mengenai perjalanan KRB ‘08 akan diberikan dari masa ke semasa. Sudah malam dah, perlu berehat untuk acara esok (hari kedua).
Klik untuk ke album foto KRB 2008 (Zon Utara) di Flickr Fitri Shukri. Gambar-gambar sedang diupload. Mungkin mengambil masa seminggu untuk upload semua.

Institusi pendidikan yang banyak menempa sejarah di negara ini, Maktab Melayu Kuala Kangsar, kini menjadi tuan rumah bagi Kem Remaja Bestari 2008.

Para urus setia Amalan Belajar Sdn Bhd menggantung banner KRB ‘08 berhampiran pagar masuk hadapan kompleks asrama.

Hehe, Fitri Shukri di laman yang cantik dan dijaga dengan rapi berhampiran Dewan Utama.

Fasilitator membawa sepanduk nama kumpulan pelajar ala kontijen sukan mengetuai perarakan pelajar ke asrama penginapan.

Nama kumpulan pelajar semuanya dalam English.

‘Fiat’ apa? Mereka ini nak ke asrama jerr buat masa ini…

Baca Yaasin selepas solat Maghrib di surau sekolah.

Seminar pertama. Bersama Dr Shukri Abdullah. Kali pertama ini, pelajar sekolah rendah dan menengah digabungkan. Tajuk berkenaan memvina impian dan wawasan kejayaan.


Dikirim dalam Bijak Belajar Menengah, Bijak Belajar Rendah, Catatan Program, Dr Shukri Abdullah, Fitri Shukri, Kem Bijak Belajar, Korporat, PMR, Perak, SPM, UPSR, Yayasan Pendidikan | 8 Komen »
DIkirim oleh fitrishukri di 20 Mei, 2008
Saya amat mementingkan ’setting’ dewan sebelum memulakan seminar. Antaranya susunan peserta seminar di dalam dewan. Saya belajar semua ini dari Dr Shukri Abdullah. Bagi beliau, pantang ada kerusi kosong di hadapan. Biasanya pada 5 minit pertama sebelum memulakan seminar di awal pagi, beliau akan memastikan semua kerusi kosong di hadapan dewan diisikan oleh peserta (guru pengiring kena duduk di belakang) dan pelajar di belakang pula dibawakan ke sehadapan yang mungkin.

Satu lagi perkara ialah persediaan alatan multimedia seperti komputer laptop, speaker, LCD projector, mikrofon dan skrin layar. Dewan yang kecil atau besar, kedua-duanya mempunyai cabarannya tersendiri. Cuma yang diutamakan oleh saya (lagi sekali belajar dari Dr Shukri), biar bermula 5 atau 10 minit lewat kerana terpaksa menyusun peralatan multimedia dengan betul dari sering diganggu oleh masalah teknikal sepanjang berseminar.
Dikirim dalam Fitri Shukri, Persediaan Seminar, Teknikal | Leave a Comment »
DIkirim oleh fitrishukri di 20 Mei, 2008





Alhamdulillah saya berkesempatan mengendalikan Seminar Bijak Belajar Rendah untuk pelajar-pelajar di sekitar Teluk Intan pada Sabtu 17 Mei 2008 baru-baru ini. Seminar ini dianjurkan oleh gabungan sekolah-sekolah rendah di daerah Teluk Intan. Ia dianjurkan di Sekolah Kebangsaan Seri Setia dan disertai oleh 12 buah sekolah. Seramai 230 orang pelajar Tahun 4, 5 dan 6 menghadiri seminar. Walaupun seminar ini disasarkan untuk pelajar Tahun 6, namun sebahagian pelajar Tahun-tahun 4 dan 5 turut hadir kerana majoriti mereka adalah anak guru-guru sendiri. Disiplin, penyertaan dan kerjasama dari pelajar adalah amat mudah kerana mereka merupakan pelajar terpilih sekolah masing-masing (melihat kepada foto, ramai juga di kalangan mereka adalah pengawas sekolah).
Yang menariknya pada kali ini, bapa saya, Dr Shukri Abdullah turut mengadakan seminar berhampiran iaitu di SK Convent Teluk Intan. Jadi setelah tamat seminar di sana, beliau datang dan sempat memberikan ceramah ringkas selama 15 minit selepas tamat seminar kendalian saya.
Selepas itu kami terus pulang ke Yan, Kedah melalui ‘jalan dalam’ dari Teluk Intan dan ‘tembus’ di tol Kuala Kangsar untuk memasuki Lebuhraya Utara Selatan hingga ke tol Gurun. Alhamdulillah kami tiba di kampung di Yan pada jam 11 malam. Disebabkan pemandu Dr Shukri, Abang Dzul tidak ikut serta kali ini, maka sayalah ‘official driver’. Sambil saya memandu, Dr Shukri sempat membuka laptop+wireless modem broadband beliau untuk membaca laman-laman blog politik untuk mengetahui perkembangan terkini politik negara yang kian panas dan rancak. Bila singgah minum di Bota, saya ambil kesempatan membaca secepat mungkin laman-laman blog yang dimuat-turun oleh Dr Shukri. Saya tak kisah kena ‘drive’, dah biasa ‘long distance’ dan kali ini, bawa Toyota Harrier pulak tu!
Dikirim dalam Bijak Belajar Rendah, Catatan Program, Dr Shukri Abdullah, Fitri Shukri, Perak, UPSR | Leave a Comment »
DIkirim oleh fitrishukri di 18 Mei, 2008

Foto oleh Aaron.
Terima kasih kepada SMK Darul Ehsan, Selayang kerana memberikan peluang saya untuk menyampaikan sebanyak tiga seminar pada bulan Mac dan April 2008 baru-baru ini. Pertama ialah seminar untuk pelajar Tingkatan 5, kemudian untuk Tingkatan 3 dan terakhir untuk Tingkatan 6 Atas.
Terus terang, saya terkejut dengan minat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar di kawasan ’sub-urban’ ini. There is still hope yet.
Tak lupa untuk saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Maizura khususnya kerana memberikan kepercayaan kepada saya mengendalikan seminar-seminar kepada pelajar-pelajar beliau walaupun beliau sendiri boleh menyampaikan ceramah motivasi. Semoga usaha semua pihak akan terus membantu SMK Darul Ehsan lebih cemerrlang lagi di masa hadapan.
Dikirim dalam Bijak Belajar Menengah, Catatan Program, Fitri Shukri, PMR, SPM, STPM, Selangor | 2 Komen »
DIkirim oleh fitrishukri di 18 Februari, 2008
Seminar Pecutan Awal modul Bijak Belajar bersama ‘Abang Fitri’
30 Januari 2008
SMK (P) Temenggong Ibrahim atau Temenggong Ibrahim Girl’s School, Batu Pahat, Johor.
Lebih dari 250 orang pelajar Tingkatan 3 telah mengikuti seminar bersama Fitri Shukri. Menambah lagi motivasi pelajar di sini ialah apabila Puan Pengetua mencabar pelajar untuk mencatatkan keputusan PMR yang lebih baik dari pelajar tahun-tahun lepas sekaligus mengatasi Sekolah Menengah Tun Fatimah di JB sebagai sekolah terbaik PMR bagi tahun 2008 nanti. Memang best berseminar di TIGS. Berada di TIGS mengembalikan saya kenangan belajar di Penang Free School dahulu. Iaitu sekolah yang dibina zaman pra kemerdekaan, dan pelajar satu jantina serta semangat sekolah ‘esprit de corps’ yang tinggi.








Dikirim dalam Bijak Belajar Menengah, Catatan Program, Fitri Shukri, Johor, PMR, Pecutan Awal | 7 Komen »
DIkirim oleh fitrishukri di 6 Februari, 2008

Gambar dirakamkan semasa Seminar Bijak Belajar Rendah “Pecutan Awal UPSR” untuk pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis pada 26 Januari 2008 baru-baru ini.
Panduan untuk lawan mengantuk di dalam kelas (bahagian 1)
1. Tidur awal (jangan terlalu awal, dan jangan terlalu lewat)
2. Buat persediaan awal sebelum kelas (membantu untuk lebih meminati apa yang diajar guru dan bantu untuk faham)
3. Tanya soalan sekiranya tidak faham (belum pernah lagi saya dengan pelajar tertidur sambil bertanya soalan)
4. Mendengar secara aktif, bukan pasif (teknik ini akan dibicarakan di masa akan datang)
Dikirim dalam Bijak Belajar Rendah, Catatan Program, Fitri Shukri, Kuala Lumpur, Pecutan Awal, Susulan Program, UPSR | 3 Komen »
DIkirim oleh fitrishukri di 18 Disember, 2007

Kami baru sahaja selesai mengendalikan seminar Bijak Belajar IPT untuk pelajar-pelajar IPT tajaan Yayasan TM di NUBE Training Resort Port Dickson pada 13, 14 dan 15 Disember 2007. Kehadiran seramai lebih kurang 100 orang pelajar diploma, pra-universiti dan ijazah pertama dari Multimedia College, Kolej Yayasan UEM Lembah Beringin, Multimedia University (Cyberjaya dan Melaka) serta beberapa IPTA lain.
Gambar dan laporan program akan dimasukkan kemudian. Buat sementara waktu, di sini dilampirkan edisi pertama E Book khususnya bagi bekas peserta seminar.
Sila klik di bawah ini untuk download E Book
E Book Bijak Belajar IPT untuk peserta seminar Yayasan TM (Edisi 1)
Dikirim dalam Bijak Belajar IPT, E Book, Korporat, Muat Turun, Pengajian Tinggi, Susulan Program | Leave a Comment »