BIJAK BELAJAR

Motivasi, Strategi dan Panduan Kecemerlangan Belajar, Pengajaran dan Keibubapaan

Archive for the ‘Perak’ Category

Kem Remaja Bestari 2008 di MCKK

Posted by M Fitri M Shukri di 26 Mei, 2008

Alhamdulillah, Amalan Belajar Sdn Bhd (ABSB) telah mendapat kepercayaan dari Yayasan Tenaga Nasional (YTN) buat kali ketiga sejak tahun 2005 untuk mengendalikan Kem Remaja Bestari 2008 (KRB ’08) bagi anak-anak kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Setelah dua kali memenangi tender YTN untuk mengendalikan KRB di Zon Timur sebelum ini (di Kelantan pada tahun 2005 dan di Terengganu pada tahun 2007), kali ini ABSB berjaya memperolehi tender untuk mengendalikan KRB ’08 peringkat Zon Utara di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.

Seperti program KRB terdahulu, program kali masih menggabungkan pelajar-pelajar tahun ‘bukan peperiksaan utama’ iaitu Tahun 5 (sekolah rendah), Tingkatan 2 dan 4 (sekolah menengah). Dan seperti sebelum ini, terdapat dua program serentak berjalan iaitu untuk pelajar sekolah rendah dan untuk menengah. Terikh program ialah dari Isnin 26 Mei hingga Khamis 29 Mei 2008.

Cabaran awal yang ditempahi kami ialah menguruskan program untuk pelajar lelaki DAN perempuan di sebuah sekolah LELAKI SAHAJA. Perkara-perkara seperti kemudahan penginapan, tandas dan surau yang selama ini dikhaskan untuk pelajar lelaki sahaja perlu diubahsuai untuk pelajar perempuan sama.

Laporan susulan mengenai perjalanan KRB ’08 akan diberikan dari masa ke semasa. Sudah malam dah, perlu berehat untuk acara esok (hari kedua).

Klik untuk ke album foto KRB 2008 (Zon Utara) di Flickr Fitri Shukri. Gambar-gambar sedang diupload. Mungkin mengambil masa seminggu untuk upload semua.
Lokasi KRB \'08 di MCKK
Institusi pendidikan yang banyak menempa sejarah di negara ini, Maktab Melayu Kuala Kangsar, kini menjadi tuan rumah bagi Kem Remaja Bestari 2008.

Menaikkan banner KRB \'08
Para urus setia Amalan Belajar Sdn Bhd menggantung banner KRB ’08 berhampiran pagar masuk hadapan kompleks asrama.

Fitri Shukri di MCKK
Hehe, Fitri Shukri di laman yang cantik dan dijaga dengan rapi berhampiran Dewan Utama.

Fasilitator bawa sepanduk nama kumpuan
Fasilitator membawa sepanduk nama kumpulan pelajar ala kontijen sukan mengetuai perarakan pelajar ke asrama penginapan.


Nama kumpulan pelajar semuanya dalam English.

\'Fiat Sapienta...\'... pelajar ni nak ke asrama jerr
‘Fiat’ apa? Mereka ini nak ke asrama jerr buat masa ini…

Baca Yaasin lepas Maghrib
Baca Yaasin selepas solat Maghrib di surau sekolah.

seminar bersama Dr Shukri Abdullah
Seminar pertama. Bersama Dr Shukri Abdullah. Kali pertama ini, pelajar sekolah rendah dan menengah digabungkan. Tajuk berkenaan memvina impian dan wawasan kejayaan.

peserta lelaki KRB

Peserta perempuan KRB

Posted in Bijak Belajar Menengah, Bijak Belajar Rendah, Catatan Program, Dr Shukri Abdullah, Fitri Shukri, Kem Bijak Belajar, Korporat, Perak, PMR, SPM, UPSR, Yayasan Pendidikan | 8 Comments »

Seminar Bijak Belajar Rendah di SK Seri Setia, Teluk Intan

Posted by M Fitri M Shukri di 20 Mei, 2008


Fitri bersama peserta Tahun 4,5 dan 6Memegang \'papan target\' untuk demonstrasi oleh Dr ShukriDr Shukri datang untuk ceramah ringkas pada penghujung seminarCikgu Ramlah mempengerusikan majlis

Alhamdulillah saya berkesempatan mengendalikan Seminar Bijak Belajar Rendah untuk pelajar-pelajar di sekitar Teluk Intan pada Sabtu 17 Mei 2008 baru-baru ini. Seminar ini dianjurkan oleh gabungan sekolah-sekolah rendah di daerah Teluk Intan. Ia dianjurkan di Sekolah Kebangsaan Seri Setia dan disertai oleh 12 buah sekolah. Seramai 230 orang pelajar Tahun 4, 5 dan 6 menghadiri seminar. Walaupun seminar ini disasarkan untuk pelajar Tahun 6, namun sebahagian pelajar Tahun-tahun 4 dan 5 turut hadir kerana majoriti mereka adalah anak guru-guru sendiri. Disiplin, penyertaan dan kerjasama dari pelajar adalah amat mudah kerana mereka merupakan pelajar terpilih sekolah masing-masing (melihat kepada foto, ramai juga di kalangan mereka adalah pengawas sekolah).

Yang menariknya pada kali ini, bapa saya, Dr Shukri Abdullah turut mengadakan seminar berhampiran iaitu di SK Convent Teluk Intan. Jadi setelah tamat seminar di sana, beliau datang dan sempat memberikan ceramah ringkas selama 15 minit selepas tamat seminar kendalian saya.

Selepas itu kami terus pulang ke Yan, Kedah melalui ‘jalan dalam’ dari Teluk Intan dan ‘tembus’ di tol Kuala Kangsar untuk memasuki Lebuhraya Utara Selatan hingga ke tol Gurun. Alhamdulillah kami tiba di kampung di Yan pada jam 11 malam. Disebabkan pemandu Dr Shukri, Abang Dzul tidak ikut serta kali ini, maka sayalah ‘official driver’. Sambil saya memandu, Dr Shukri sempat membuka laptop+wireless modem broadband beliau untuk membaca laman-laman blog politik untuk mengetahui perkembangan terkini politik negara yang kian panas dan rancak. Bila singgah minum di Bota, saya ambil kesempatan membaca secepat mungkin laman-laman blog yang dimuat-turun oleh Dr Shukri. Saya tak kisah kena ‘drive’, dah biasa ‘long distance’ dan kali ini, bawa Toyota Harrier pulak tu!

Posted in Bijak Belajar Rendah, Catatan Program, Dr Shukri Abdullah, Fitri Shukri, Perak, UPSR | Leave a Comment »