BIJAK BELAJAR

Motivasi, Strategi dan Panduan Kecemerlangan Belajar, Pengajaran dan Keibubapaan

Archive for the ‘SPM’ Category

Kem Remaja Bestari 2008 di MCKK

Posted by M Fitri M Shukri di 26 Mei, 2008

Alhamdulillah, Amalan Belajar Sdn Bhd (ABSB) telah mendapat kepercayaan dari Yayasan Tenaga Nasional (YTN) buat kali ketiga sejak tahun 2005 untuk mengendalikan Kem Remaja Bestari 2008 (KRB ’08) bagi anak-anak kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Setelah dua kali memenangi tender YTN untuk mengendalikan KRB di Zon Timur sebelum ini (di Kelantan pada tahun 2005 dan di Terengganu pada tahun 2007), kali ini ABSB berjaya memperolehi tender untuk mengendalikan KRB ’08 peringkat Zon Utara di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.

Seperti program KRB terdahulu, program kali masih menggabungkan pelajar-pelajar tahun ‘bukan peperiksaan utama’ iaitu Tahun 5 (sekolah rendah), Tingkatan 2 dan 4 (sekolah menengah). Dan seperti sebelum ini, terdapat dua program serentak berjalan iaitu untuk pelajar sekolah rendah dan untuk menengah. Terikh program ialah dari Isnin 26 Mei hingga Khamis 29 Mei 2008.

Cabaran awal yang ditempahi kami ialah menguruskan program untuk pelajar lelaki DAN perempuan di sebuah sekolah LELAKI SAHAJA. Perkara-perkara seperti kemudahan penginapan, tandas dan surau yang selama ini dikhaskan untuk pelajar lelaki sahaja perlu diubahsuai untuk pelajar perempuan sama.

Laporan susulan mengenai perjalanan KRB ’08 akan diberikan dari masa ke semasa. Sudah malam dah, perlu berehat untuk acara esok (hari kedua).

Klik untuk ke album foto KRB 2008 (Zon Utara) di Flickr Fitri Shukri. Gambar-gambar sedang diupload. Mungkin mengambil masa seminggu untuk upload semua.
Lokasi KRB \'08 di MCKK
Institusi pendidikan yang banyak menempa sejarah di negara ini, Maktab Melayu Kuala Kangsar, kini menjadi tuan rumah bagi Kem Remaja Bestari 2008.

Menaikkan banner KRB \'08
Para urus setia Amalan Belajar Sdn Bhd menggantung banner KRB ’08 berhampiran pagar masuk hadapan kompleks asrama.

Fitri Shukri di MCKK
Hehe, Fitri Shukri di laman yang cantik dan dijaga dengan rapi berhampiran Dewan Utama.

Fasilitator bawa sepanduk nama kumpuan
Fasilitator membawa sepanduk nama kumpulan pelajar ala kontijen sukan mengetuai perarakan pelajar ke asrama penginapan.


Nama kumpulan pelajar semuanya dalam English.

\'Fiat Sapienta...\'... pelajar ni nak ke asrama jerr
‘Fiat’ apa? Mereka ini nak ke asrama jerr buat masa ini…

Baca Yaasin lepas Maghrib
Baca Yaasin selepas solat Maghrib di surau sekolah.

seminar bersama Dr Shukri Abdullah
Seminar pertama. Bersama Dr Shukri Abdullah. Kali pertama ini, pelajar sekolah rendah dan menengah digabungkan. Tajuk berkenaan memvina impian dan wawasan kejayaan.

peserta lelaki KRB

Peserta perempuan KRB

Posted in Bijak Belajar Menengah, Bijak Belajar Rendah, Catatan Program, Dr Shukri Abdullah, Fitri Shukri, Kem Bijak Belajar, Korporat, Perak, PMR, SPM, UPSR, Yayasan Pendidikan | 8 Comments »

Seminar di SMK Darul Ehsan, Selayang

Posted by M Fitri M Shukri di 18 Mei, 2008

Seminar Bijak Belajar untuk pelajar Tingkatan 5 di SMK Darul Ehsan, Selayang

Foto oleh Aaron.

Terima kasih kepada SMK Darul Ehsan, Selayang kerana memberikan peluang saya untuk menyampaikan sebanyak tiga seminar pada bulan Mac dan April 2008 baru-baru ini. Pertama ialah seminar untuk pelajar Tingkatan 5, kemudian untuk Tingkatan 3 dan terakhir untuk Tingkatan 6 Atas.

Terus terang, saya terkejut dengan minat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar di kawasan ‘sub-urban’ ini. There is still hope yet.

Tak lupa untuk saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Maizura khususnya kerana memberikan kepercayaan kepada saya mengendalikan seminar-seminar kepada pelajar-pelajar beliau walaupun beliau sendiri boleh menyampaikan ceramah motivasi. Semoga usaha semua pihak akan terus membantu SMK Darul Ehsan lebih cemerrlang lagi di masa hadapan.

Posted in Bijak Belajar Menengah, Catatan Program, Fitri Shukri, PMR, Selangor, SPM, STPM | 2 Comments »