BIJAK BELAJAR

Motivasi, Strategi dan Panduan Kecemerlangan Belajar, Pengajaran dan Keibubapaan

Fasilitator

Barisan Fasilitator Bijak Belajar

Seminar Bijak Belajar akan disampaikan oleh seorang (ya, seorang diri sahaja, dan mereka masing-masing telah menyampaikan banyak seminar di seluruh negara) fasilitator dari sama ada Prinsipal Seminar Bijak Belajar atau Fasilitator Seminar Bijak Belajar.

Kesemua fasilitator akan menggunakan modul yang disusun sendiri oleh Dr Mohd Shukri Abdullah serta pendekatan seminar yang sama. Perbezaannya ialah pada gaya dan personaliti masing-masing (mereka bukan klon Dr Shukri, tetapi hampir sama-kot!).

Dengan wujudnya Prinsipal dan Fasilitator Seminar Bijak Belajar, Amalan Belajar Sdn Bhd dapat menawarkan lebih banyak pilihan dari segi kos pelaburan, tarikh dan lokasi seminar kepada para pelanggannya.

PRINSIPAL BIJAK BELAJAR

Merupakan individu yang memikul tanggungjawab utama dalam Seminar Bijak Belajar. Menyusun modul Seminar Bijak Belajar dan memimpin dari segi kajian serta inovasi seminar. Prinsipal Seminar Bijak Belajar turut menetapkan dan memantau piawaian serta kualiti seminar yang perlu disampaikan oleh Fasilitator Seminar Bijak Belajar yang bernaung di bawahnya.

Dr Mohd Shukri Abdullah
 

Merupakan perunding kecemerlangan belajar yang terkemuka di Malaysia. Beliau telah berpengalaman menyampaikan seminar kecemerlangan belajar, kualiti pengajaran, keibubapaan, motivasi kerja dan pengurusan masa kepada lebih dari 400,000 orang peserta di seluruh negara sejak 15 tahun yang lalu.

Kepakaran khusus, pengalaman serta gaya penyampaian yang menyeronokkan dan unik oleh Dr Shukri telah menarik minat berbagai media seperti TV3, TV1, Astro Ria dan Radio Malaysia untuk menjemput beliau untuk muncul dalam program pembangunan insan terbitan mereka masing-masing. Beliau juga telah menulis berbagai judul buku dan yang terkini ialah buku ‘Anakku Bijak Belajar’ untuk ibu bapa.

Dr Shukri merupakan bekas pensyarah di Universiti Sains Malaysia di mana beliau berkhidmat selama hampir 15 tahun. Beliau turut diiktiraf sebagai ‘Certified Practitioner in Neuro Linguistics Programming and Time Lines’ dan terkini sebagai ‘Master Practitioner in Hypnosis and Hypnotherapy’.

FASILITATOR SEMINAR BIJAK BELAJAR

Merupakan individu yang dipilih dan dilatih serta diberikan kepercayaan oleh Dr Shukri Abdullah untuk membawa dan menyampaikan modul Seminar Bijak Belajar yang disusun sendiri oleh Dr Shukri Abdullah. Fasilitator Seminar Bijak Belajar turut terlibat dalam kajian dan inovasi seminar.

Mohammad Fitri Mohd Shukri
 
Berkelulusan dalam bidang Sains dan Teknologi dari Universiti Malaya, kini merupakan eksekutif di Amalan Belajar Sdn Bhd. Beliau sendiri mengkhusus membina modul dan menyampaikan latihan dalam bidang kecemerlangan belajar di IPT dan kepimpinan organisasi. Turut merupakan ‘Certified Practitioner in Neuro Linguistics Programming, Neuro Semantics and Time Lines’.

Mohd Azir Ismail
 
Kini sedang mengikuti Master Pendidikan dalam bidang Kepimpinan Pedagogi di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Merupakan bekas guru dalam bidang Sejarah serta pernah berkhidmat di Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Beliau sering dijemput untuk menyampaikan ceramah dan seminar berkaitan pariotisma dan kesedaran sivik di seluruh negara.

Khairul Asfani Nasir
 
Berkelulusan dalam bidang Pengajian Islam (Usuluddin) dari Universiti Malaya, kini bertugas sebagai eksekutif di Amalan Belajar Sdn Bhd. Antara fasilitator yang terawal dilatih oleh Dr Shukri untuk menyampaikan modul Seminar Bijak Belajar. Selain itu, beliau mengkhusus dalam bidang latihan pembangunan insan dan merupakan Alumni ESQ Training dari Indonesia.

5 Respons to “Fasilitator”

  1. Nur Fatinah Binti Mohmad Zaine. said

    Dr. Kenapa Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan,Selayang Baru tak ada dalam lamen web ini????

  2. Dr macam mana kita nak kekalkan pretasi kita apabila pulang dari kem atau seminar?

  3. Shueqry said

    Moga satu hari nanti, saya menjadi ahli keluarga team fasilitator Seminar Bijak Belajar!

    -Shueqry-

  4. […] blog Bijak Belajar, Anda boleh kenali dengan lebih dekat Fasilitator mereka selain Fitri Shukri. Dr Shukri merupakan Prinsipal yang bertanggungjawab menyusun modul […]

  5. nik fathiaah raja ibrahim said

    dr, bagaiman kita nak menjadi seorang pekerja sosial yang maher dalam menjadi ahli fasilitator yang lebih efektif?????

Tinggalkan Jawapan kepada Muhammad Tajul Khaidi b Abdullah Batal balasan