Kem Remaja Bestari 2008 di MCKK
DIkirim oleh fitrishukri di 26 Mei, 2008
Alhamdulillah, Amalan Belajar Sdn Bhd (ABSB) telah mendapat kepercayaan dari Yayasan Tenaga Nasional (YTN) buat kali ketiga sejak tahun 2005 untuk mengendalikan Kem Remaja Bestari 2008 (KRB ‘08) bagi anak-anak kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Setelah dua kali memenangi tender YTN untuk mengendalikan KRB di Zon Timur sebelum ini (di Kelantan pada tahun 2005 dan di Terengganu pada tahun 2007), kali ini ABSB berjaya memperolehi tender untuk mengendalikan KRB ‘08 peringkat Zon Utara di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.
Seperti program KRB terdahulu, program kali masih menggabungkan pelajar-pelajar tahun ‘bukan peperiksaan utama’ iaitu Tahun 5 (sekolah rendah), Tingkatan 2 dan 4 (sekolah menengah). Dan seperti sebelum ini, terdapat dua program serentak berjalan iaitu untuk pelajar sekolah rendah dan untuk menengah. Terikh program ialah dari Isnin 26 Mei hingga Khamis 29 Mei 2008.
Cabaran awal yang ditempahi kami ialah menguruskan program untuk pelajar lelaki DAN perempuan di sebuah sekolah LELAKI SAHAJA. Perkara-perkara seperti kemudahan penginapan, tandas dan surau yang selama ini dikhaskan untuk pelajar lelaki sahaja perlu diubahsuai untuk pelajar perempuan sama.
Laporan susulan mengenai perjalanan KRB ‘08 akan diberikan dari masa ke semasa. Sudah malam dah, perlu berehat untuk acara esok (hari kedua).
Klik untuk ke album foto KRB 2008 (Zon Utara) di Flickr Fitri Shukri. Gambar-gambar sedang diupload. Mungkin mengambil masa seminggu untuk upload semua.

Institusi pendidikan yang banyak menempa sejarah di negara ini, Maktab Melayu Kuala Kangsar, kini menjadi tuan rumah bagi Kem Remaja Bestari 2008.

Para urus setia Amalan Belajar Sdn Bhd menggantung banner KRB ‘08 berhampiran pagar masuk hadapan kompleks asrama.

Hehe, Fitri Shukri di laman yang cantik dan dijaga dengan rapi berhampiran Dewan Utama.

Fasilitator membawa sepanduk nama kumpulan pelajar ala kontijen sukan mengetuai perarakan pelajar ke asrama penginapan.

Nama kumpulan pelajar semuanya dalam English.

‘Fiat’ apa? Mereka ini nak ke asrama jerr buat masa ini…

Baca Yaasin selepas solat Maghrib di surau sekolah.

Seminar pertama. Bersama Dr Shukri Abdullah. Kali pertama ini, pelajar sekolah rendah dan menengah digabungkan. Tajuk berkenaan memvina impian dan wawasan kejayaan.





Syafiq berkata
Assalammuallaikum Dr…
Saya adalah salah seorang peserta KRB 2008 yg berlangsung di MCKK..
Saya disini ingin mengucapkan terima kasih..
fitrishukri berkata
Sama-sama Syafiq. Harap anda dapat amalkan dengan baik apa yang dipelajari sepanjang kem ini.
Muslim berkata
Assalamualaikum dr..
program KRB ini sgt bgus untuk..
sgla aktiviti berjalan dgn cemerlang
say ingin mngucapkan terima kasih kpd dr.
dan semua fesi2 .:P
amar1024 berkata
Assalamualaikum,
kpd semua bekas peserta KRB 2008,sila cari sy di http://www.myspace.com/amar1024 atau emelkan kpd ilurvemusic69@gmail.com kerana sy salah seorg drpd peserta KRB
kpd tenaga pengajar,
Bunga Teratai,bunga sembah,
Digunakan ketika bermain buah,
Hamba di sini ingin bermadah,
Ilmu DR. mmg indah.
Gelanggang dibuka,ilmu ditimba,
Amat berguna sepanjang masa,
Saya berbangga dapat menerima,
Terimala kasih kepada semua.
Sekian
amar1024 berkata
Assalamualaikum semua,
kpd bekas peserta2 KRB 2008 sila cari sy di http://www.myspace.com/amar1024 atau hntar kan emel ilurvemusic69@gmail.com ..sy juga adalah slah seorang peserta KRB 2008
kpd tenaga pengajar,
Bunga teratai bunga sembah,
Digunakan ketika bermain buah,
Hamba disini ingin bermadah,
Ilmu Dr. amatlah indah.
Gelanggang dibuka ilmu ditimba,
Amat berguna spnjang masa,
Hamba berbangga dapat menerima,
Terimalah kasih kepada semua.
Sekian
Shueqry berkata
Salam bro Fitri, apa khabar?
Akhirnya saya jumpa juga blog ni! Lama lost track dengan aktiviti-aktiviti kelolaan Dr Shukri dan team Bijak Belajar.
Shueqry
iMotivasi.com
iman berkata
assalammualaikum Dr,
saya juga seorang pelajar tingkatan 4.
selapas membaca artikel tadi rasa teringin juga hadiri seminar ni.selain tarikh yang tertera di atas ada tak seminar akan datang untuk tahun 2008 in juga.
fitri berkata
Assalamualaikum,
kpd semua bekas peserta KRB 2008,sy juga adalah slah seorang peserta KRB 2008
blh mencari sy di myspace yg beremail kan (racom_penang@yahoo.com)
sy rasa teringin kembali ke KRB tetapi apakah daya pada tahun 2008 nie adalah tahun akhir sy menyertai KRB…
apa2 pun KRB you are the best for student like me and all my friend at KRB..good luck to all my friend to take SPM..do the best..
sy arap lawak yg sy buat bersama rakan2 pada penutup memgembirakan rakan2 sekalian..sifu lawak KRB tetap di ingatan rakan2 semua..
time kasih kepada fesi2 yg nsem2,kiut, dn sporting..arap2 semua sihat sejahtera..
i love u all…