Seminar di SMK Darul Ehsan, Selayang
DIkirim oleh fitrishukri di 18 Mei, 2008
Foto oleh Aaron.
Terima kasih kepada SMK Darul Ehsan, Selayang kerana memberikan peluang saya untuk menyampaikan sebanyak tiga seminar pada bulan Mac dan April 2008 baru-baru ini. Pertama ialah seminar untuk pelajar Tingkatan 5, kemudian untuk Tingkatan 3 dan terakhir untuk Tingkatan 6 Atas.
Terus terang, saya terkejut dengan minat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar di kawasan ’sub-urban’ ini. There is still hope yet.
Tak lupa untuk saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Maizura khususnya kerana memberikan kepercayaan kepada saya mengendalikan seminar-seminar kepada pelajar-pelajar beliau walaupun beliau sendiri boleh menyampaikan ceramah motivasi. Semoga usaha semua pihak akan terus membantu SMK Darul Ehsan lebih cemerrlang lagi di masa hadapan.




azam berkata
saya ni bekas pelajar smk darul ehsan apakah pecapaian sekolah itu
Anis Hayati berkata
Salam abang Fitri..
Tahun lps (2008) Abg Fitri dtg sek kami, SMK DARUL EHSAN
bagi ceramah.. kami memang suka sgt cara abg berceramah!
Terima kasih… dan utk gmbr atas tu saya nak copy ye..
sbb ada muka saya..hehe
Terima kasih daripada kami
bekas pelajar ting.5 SMKDE 2008