
Peserta seminar Bijak Belajar IPT bersama fasilitator dan penganjur seminar
![]()
|
FASILITATOR |
PENGISIAN DISAMPAIKAN |
|
Fitri Shukri |
Pengenalan seminar Akauntabiliti diri Konsep mencapai kecemerlangan akademik Strategi kecemerlangan akademik Tayangan wayang motivasi Belajar lebih dari sekadar untuk peperiksaan Panduan ‘team-learning’ Sesi soal jawab |
|
Nurul Husna Shukri |
Pengalaman mendapat ijazah kelas pertama |
|
Dr Shukri Abdullah |
Motivasi dan matlamat kecemerlangan akademik Keyakinan diri dan kekuatan minda Memori dan peningkatan daya ingatan Nota peta minda dan aplikasi Pengurusan masa dan disiplin diri Sesi soal jawab Muhasabah dan tindakan selepas seminar |
Fitri Shukri
Fitri Shukri, Nurul Husna Shukri dan Dr Shukri Abdullah telah berpeluang menyampaikan seminar Bijak Belajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kepada pelajar-pelajar universiti tajaan Yayasan Proton di ‘pekan koboi’, Eagle Ranch Resort, Port Dickson baru-baru ini. Program bermula pada jam 10.30 pagi Sabtu 24 November dengan dikendalikan oleh Fitri Shukri sehingga ke jam 11.00 malam. Buat pertama kali, Nurul Husna telah menyampaikan ceramah pengalaman dan panduan bagaimana beliau mendapat ijazah Kelas Pertama dan Anugerah Emas Chancellor dari Universiti Malaysia Sabah bagi tahun 2007. Pada sebelah malam, pelajar turut disajikan dengan tayangan filem motivasi yang turut melucukan, adaptasi dari sebuah kisah benar.
Pada hari kedua, Dr Shukri pula menyampaikan seminar beliau sehingga ke petang dengan beberapa slot dikendalikan secara pendek oleh Fitri Shukri dan Nurul Husna.
26 orang peserta seminar ini memang kumpulan pelajar yang hebat. Gabungan pelajar Melayu, Cina dan India ini dianugerahkan biasiswa Yayasan Proton untuk belajar Kejuruteraan (majoriti), Perakaunan dan seorang dalam bidang Undang-undang di universiti-universiti tempatan. Mereka dipilih berdasarkan keputusan pengajian pra-universiti yang cemerlang, dan turut diuji dair berbagai perspektif melalui temuramah yang dikendalikan oleh Yayasan Proton. Kebanyakan peserta adalah pelajar tahun pertama (memasuki semester kedua pengajian), namun terdapat juga beberapa pelajar tahun kedua dan terakhir. Malah dua dari mereka sudah pun menamatkan pengajian ijazah pertama dan menunggu untuk memulakan kerjaya di Proton. Oleh itu kami terpaksa mencari jalan tengah untuk membuat seminar kepada dua kumpulan berbeza, iaitu pelajar junior dan senior. Namun kami dibantu oleh Puan Wan Yan dan Puan Izzatul Farita dari Proton yang telah memecah pelajar kepada lima kumpulan mengikut spesifikasi yang kami cadangkan.
Bagi kami yang biasanya mengendalikan sehingga 200 hingga 400 orang pelajar dalam satu program, jumlah 26 orang ini telah membolehkan seminar diadakan secara lebih bersantai dan mengenali setiap peserta dengan lebih dekat. Sudah tentu, sesi perbincangan dan persembahan antara yang paling ‘membisingkan’ dengan persaingan sihat di antara setiap kumpulan. Bab makan pula, hmm… memang best, melahap-lah jawabnya kami! Namun yang tak sempat, ialah untuk buat aktiviti outdoor kerana memang tiada dalam perancangan walaupun tempat program memang sesuai sangat. Tak terkejutlah, ramai peserta meminta supaya program seumpama ini di masa akan datang dipanjangkan dari dua hari yang sedia ada.
‘Tabik spring’ perlu diberikan kepada Puan Wan Yan yang telah menjadi ‘ibu’ kepada bakal kekuatan Proton ini selama beliau dipertanggjawabkan ke Yayasan Proton. Dan selamat maju jaya atas kerja baru di bahagian International Sales. Jual banyak lagi Proton ke luar negara!
Satu soalan yang menarik oleh peserta seminar :
“Bagaimana dengan pensyarah yang suka bagi assignment yang takdak kaitan langsung dengan apa yang dipelajari?”
Saya telah beri jawapan kepada peserta seminar. Untuk jawapan di sini, tunggu dulu…


